Terjemah

Berita Semasa
FlashingStar TERKINI FlashingStar

Merujuk kepada Prosedur Pemulangan Lebihan Peruntukan Bantuan Persekolahan KPM Selepas Pelarasan Jun 2017 dan Bab D SPK Bil.8 Tahun 2012 yang menyatakan bahawa peruntukan yang terlebih tuntut wajib dipulangkan kepada Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.             Sukacita dimaklumkan Pihak kementerian telah memaklumkan bahawa  Surat Makluman Pelarasan Bantuan Persekolahan Bagi Tahun 2017 telah boleh dicetak mulai 16 Ogos 2017 dan akan diedarkan kepada pihak sekolah melalui email terkini yang telah dikemaskini semasa penghantaran pelarasan terdahulu dan juga edaran secara melalui Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing. Memandangkan keputusan peratus penyaluran tuntutan pelarasan bergantung kepada prestasi kedudukan peruntukan sedia ada selepas prosedur pemulangan peruntukan terlebih tuntut selesai dilaksanakan. Mohon pihak sekolah mengambil perhatian bahawa peratus peruntukan terlebih tuntut yang harus dipulangkan adalah sama dengan peratus penyaluran peruntukan bantuan pada awal tahun 2017 seperti berikut:

Bil. Jenis Bantuan Persekolahan Peratus Penyaluran Pertambahan Bilangan Murid(%) Jangkaan Tarikh Penyaluran Ke Akaun Sekolah
1 Bantuan Geran Per Kapita (PCG) 85 29 Ogos 2017 (Selasa)
2 Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKKS) 90
3 Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP) 85  
4 Bantuan Geran Per Kapita Prasekolah (PCG Pra)

100

selewat-lewatnya pada

30 September 2017 (*bergantung kepada prestasi pemulangan tuntutan terlebih tuntut)

5 Bantuan Makanan Prasekolah (BMP)
6 Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP)
7 Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA)
8 Bantuan Yuran Khas Sekolah (YKS)
9 Bantuan Sukan Sekolah (BSS)

3. Selaras dengan Bab D SPK Bilangan 8 Tahun 2012, pihak sekolah perlu mengambil tindakan berikut :

  1. Melaksanakan SEGERA pemulangan peruntukan bantuan persekolahan yang terlebih tuntut kepada Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui cek atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pendidikan Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2017. Kelewatan pemulangan peruntukan lebihan adalah satu pelanggaran peraturan selaras dengan SPK Bilangan 8 Tahun 2012 dan pengurus sekolah bertanggungjawab boleh dikenakan tindakan.
  1. Pihak sekolah dikehendaki menyertakan Borang Pemulangan Peruntukan Terlebih Tuntut Bantuan Persekolahan KPM (Borang PTT) seperti di Bab G SPK Bilangan 8 Tahun 2012 yang telah lengkap diisi, di samping cek pemulangan lebihan.

4.             Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk mengambil maklum dan mengambil tindakan selanjutnya selaras dengan arahan tersebutSebarang kemusykilan atau pertanyaan sila berhubung dengan pegawai seperti berikut :

Nama Daerah No.untuk dihubungi
Nistha a/p Akun Semua Daerah 04-7404016
Romzi b.Ishak Semua Daerah 04-7404115
Wan Rosmidar bt Wan Ismail Balik/Sik/Pdg. Terap 04-7404112
Siti Rokaayah bt. Asri Kuala Muda/Yan 04-7404106
Azrul Khairy b. Mohamad Kulim/Bandar Baharu 04-7404106
Masriyah bt. Morad Kota Setar 04-7404098
Noor Amina bt. Ahmad Langkawi/ Kubang Pasu/ Pendang 04-7404098

Sila klik pauntan di bawah untuk muat turun surat

SURAT PEMULANGAN LEBIHAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KPM TAHUN 2017

Sekian, terima kasih.

Pelawat

We have 201 guests and no members online

PAUTAN

   LOGO BARU KPM 2013  download 3

mof  audit 2

PERINGATAN MESRA

Sekiranya terdapat sebarang pemulangan lebihan peruntukan :
i. Jika pemulangan ke JPN, cek hendaklah dibuat atas nama
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
ii. Jika pemulangan ke KPM, cek hendaklah dibuat atas nama
AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KPM-T

Kalender

loader

SISTEM eSPKWS

SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN MENGENAI PERMASALAHAN SISTEM eSPKWS SILA EMAILKAN KE ALAMAT EMAIL jpnkdh.espkws@moe.gov.my

2137222
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Last Week
Bulan Ini
Last Month
Jumlah Pelawat
270
846
270
2124519
11206
49270
2137222

IP Anda: 18.227.81.130
07-07-2024 06:25

CARIAN

Alamat

Unit Akaun JPN Kedah
Sektor Pengurusan, 
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Kompleks Pendidikan Jalan Stadium, 
05604 Alor Setar, Kedah.

Hubungi Kami

 Tel: 04-7404000

 Fax: 04-7404343

 

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com