Merujuk kepada SPK Bil. 1 Tahun 2021 (Bab C): PROSEDUR TUNTUTANPELARASAN, semua sekolah adalah WAJIB melaksanakan tindakan pelarasan peruntukan sebenar yang layak diterima oleh sekolah bagi tahun semasa. Pelarasan ini dibuat bagi memastikan tidak berlaku keciciran, pembetulan atau pindaan data selepas tarikh penutupan Sistem e-Bantuan (Sistem eB).
Bagi permohonan tuntutan Pelarasan Bantuan Persekolahan Khusus Asrama (BP Khusus Asrama) iaitu Bantuan Makanan Asrama (BMA) serta Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid Asrama (PPM), KPM tahun 2024 semua sekolah perlu mengemukakan permohonan berdasarkan enrolmen murid pada 4 Jun 2024.
Borang Tuntutan pelarasan untuk BP Umum dan BP Khusus asrama beserta dokumen sokongan berkaitan perlu dikemukakan ke Unit Akaun Jabatan Pendidikan Negeri Kedah sebelum 30 Jun 2024.
SURAT PERMOHONAN TUNTUTAN PELARASAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KPM TAHUN 2024
SURAT PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KHUSUS ASRAMA BAGI BMA DAN PPM ASRAMA, KPM TAHUN 2024
BORANG TUNTUTAN PELARASAN TBP TAHUN 2024
Jika terdapat sebarang kemusykilan sila hubungi ke pegawai meja daerah masing-masing :-